nxdigital Videos, photos, people - IRFS.AZ
Photos and videos from all countries

Photos and videos for #nxdigital

Pesawat Breitling DC-3 Berada Di Kuala LumpurPesawat Breitling DC-3 mendarat di Lapangan Terbang Subang kira-kira jam 10:30 pagi tadi.Ia dalam misi pengembaraan mengelilingi dunia sempena sambutan ulang tahun ke-77 pesawat berkenaan.Dibina pada tahun 1935, pesawat DC-3 adalah pesawat komersil pertama di dunia serta pernah terbabit dalam Perang Dunia Kedua pada tahun 1945.Ia melakukan penerbangan pertama pada 9 Mac 1940 di Amerika Syarikat.Pesawat itu akan mendarat di 55 bandaraya di 28 negara dari bulan Mac hingga September 2017. #NXDigital #nxnews #brietling #flybreitling #breitlingdc3worldtour #mynxdigital #nxdaily #nxdigital #nxnow #breitlingnavitimer #breitlingdouglasdc3

mynxdigital

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam longkang di Batu 16 Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar Perak, pagi tadi. #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #maut #kemalangan

mynxdigital

Setelah 3 tahun bercinta, pelakon Nora Danish akhirnya sah bergelar isteri kepada Nedim Nazri. Majlis akad nikah berlangsung secara tertutup malam tadi di Glasshouse at Seputeh, Kuala Lumpur. #nxnow #nxnews #nxdigital #nx #nxdaily #noradanish #nedimnazri

mynxdigital

Seramai 12 individu ditahan bagi membantu siasatan kehilangan 26 laras senapang patah milik Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) daerah Selama, Perak, awal bulan ini. Ia disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. #nxnow #nxnews #nxdaily #nx #nxdigital

mynxdigital

Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli melakukan demonstrasi masakan di Dataran Teluk Chempedak, Kuantan. Program itu juga dijalankan bagi mempromosi Tahun Melawat Pahang 2017. #nxdigital #nxnews #nxnow #nx #nxdaily #malaysia #pahang #tahunmelawatpahang2017

mynxdigital

Tahniah Tunku Mahkota Johor! Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mengesahkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku Presiden FAM yang baharu bagi penggal 2017-2021. Foto:BBXpress #nxnews #nxdigital #nx #nxnow #nxdaily #news #media #tmj #tunkuismail #FAM #sports #bolasepak

mynxdigital

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam akaun Twitter beliau semalam menyatakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dalam perseorangan lelaki kejohanan All England adalah suatu kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. #nxdigital #nxdaily #nxnow #nx #malaysia #najibrazak #perdanamenteri #malaysia #allengland #chongwei

mynxdigital

iPhone Warna Merah...Siapa Berminat? Telefon bimbit edisi khas itu akan dikeluarkan dalam 128GB dan 256GB bermula pada harga dari $749 atau RM3,699 dan pelanggan boleh mula membeli bermula 24 Mac ini. #nxnews #nxdigital #nx #nxnow #nxdaily #malaysia #iphone #red #merah #specialedition #apple #appstore

mynxdigital

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam akaun Twitter beliau menyatakan sokongan berterusan kepada pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang tumpas dalam aksi final untuk merangkul gelaran sulung Seluruh England malam tadi. #nxdigital #nxnow #nx #nxdaily #najibrazak #perdanamenteri #beregucampurannegara #malaysia #allengland #chanpengsoon #gohliuying

mynxdigital

Seorang ahli lembaga pengarah sebuah yayasan berkepentingan bumiputera berpangkat Datuk, dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penolong Pendaftar Tertinggi, Mahkamah Majistret Pulau Pinang, Ahmad Tajudin Zain, membenarkan suspek berusia 70 tahun itu dibebaskan dengan jaminan RM100,000 berserta dua penjamin. #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #mynxdigital #nx #datuk #rasuah

mynxdigital

Dua beranak terbunuh dan tiga parah selepas kereta dinaiki merempuh belakang sebuah lori kargo yang berhenti di tepi jalan di Jalan Sri Aman, Sarawak kira-kira jam 2 pagi tadi. Semua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Sarikei untuk menziarahi keluarga terdekat mangsa yang sakit. #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #maut #kemalangan

mynxdigital

Setelah lebih sebulan, mayat abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam akhirnya dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 1.40 tengah hari tadi. Mayat Jong-nam dipercayai akan diterbangkan dengan sebuah pesawat ke Beijing, jam 6 petang ini. #nxdigital #nxnow #nxnews #nxdaily #nx #van #jongnam

mynxdigital

Ibu arwah Abdul Azim Amzar Azmi, Azura Bahari, 44 berkata arwah merupakan seorang anak yang pendiam dan kurang dikenali. Sepanjang bercuti selama 3 bulan, Arwah Abdul Azim, meluangkan masa bersama keluarga dan menjadi murung ketika hari-hari terakhir sebelum pulang ke New Zealand.  #nxnow #nxdigital #nx #nxdaily #news #digitalnews #malaysia #newzealand #waikato #maut #lemas

mynxdigital

Bayar makanan di kantin serta di koperasi sekolah menggunakan sistem bayaran elektronik atau debit. Cadangan itu sedang dikaji Kementerian Pendidikan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan itu bagaimanapun akan dikaji terlebih dahulu bagi mengenal pasti tahap keberkesanannya, sebelum ia dipraktikkan secara menyeluruh. Foto: BBXpress #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #debit #sekolah

mynxdigital

Pemilik bot Catamaran yang karam di perairan Mengalum 28 Januari lalu, Leong Vin Jee, 44 tahun mengaku tidak bersalah di Kota Kinabalu, Sabah. Kes didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan kematian. #nxnews #nxdigital #malaysia #sabah #mengalum #botkaram #bot #kecuaian #kanun #keseksaan

mynxdigital

Suatu pencapaian membanggakan dan kejayaan manis buat pelumba trek negara, Azizulhasni Awang. Azizulhasni muncul juara dalam acara keirin di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, malam tadi.Di dalam pusingan terakhir, Azizulhasni memecut laju meninggalkan Fabian Puerta dari Colombia dan peserta Republik Czech, Tomas Babek. Foto: BBXpress #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #keirin #basikal

mynxdigital

Identiti mayat seorang wanita yang ditemui tersangkut pada jaring nelayan pada kedudukan 8 batu nautika barat laut Pulau Mengalum jam 9.25 pagi tadi dijangka hanya diketahui pagi esok. Serentak dengan penemuan itu, operasi mencari turut tertumpu di lokasi penemuan mayat berkenaan yang dikenali sebagai Sektor H. #nxnews #nxdigital #sabah #mayat #wanita #mengalum #sektorh #maritim

mynxdigital

Lelaki yang didakwa cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar dengan RM2 juta menyerah diri kepada pihak berkuasa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, lelaki berusia 54 tahun itu menyerah diri kepada SPRM pada Khamis lalu antara jam 12 tengahari ke 2 petang. #nxnews #nxnow #nxdigital #nx #nxdaily

mynxdigital

Tahniah diucapkan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada pelakon Neelofa, Noor Nabila akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah pada 31 Mac 2017, jumaat lalu. Malam tadi pula, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung di Hotel Royale Chulan Damansara. Sumber foto : Instagram/noornabila #nxnow #nxnews #nxdigital #nxdaily #nx #news #media #selebrity #sharnaaz #noornabila #perkahwinan #royalechulan

mynxdigital

Kira-kira RM5.4 bilion dibelanjakan kerajaan bagi membayar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Bayaran diberi kepada 6.32 juta penerima sehingga akhir Februari lalu. Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini berkata daripada jumlah itu, negeri Selangor muncul penerima tertinggi iaitu seramai 831,473 orang membabitkan peruntukan lebih RM688 juta. #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #mynxdigital #nx #BR1M #BRIM

mynxdigital

"Tidak ada kenaikan caj untuk visa selama enam bulan ke India". Itu kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang menafikan laporan kadar bayaran visa itu telah meningkat dari RM180 kepada RM456 untuk rakyat Malaysia melawat ke India. Malah, India sedang mewujudkan kategori baharu iaitu visa selama satu tahun. FOTO: BBXpress #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #mynxdigital #nx #india #visa #cajvisa

mynxdigital

Nak cari orang yang mukanya macam Datuk Lee Chong Wei untuk membintangi filem Menjulang Kejuaraan. Tapi masih lagi belum jumpa orang yang mukanya persis macam Chong Wei. Seramai 2,000 orang menghadiri sesi uji bakat bagi membintangi filem itu yang mengisahkan kehidupan pemain badminton nombor satu dunia itu. #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #chongwei #badminton

mynxdigital

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memandu kereta api sewaan khas sejauh 296 kilometer dari Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) JB Sentral ke Stesen KTMB Kuala Lumpur. Ini kali kesepuluh Sultan Ibrahim memandu tren milik KTMB selepas kali terakhir baginda berbuat demikian pada tahun 2013. Foto: BBXpress #nxdigital #nxnews #nxnow #nx #nxdaily #sultanjohor #sultanismail #ktmb #keretapi #ktm #jbsentral #klsentral

mynxdigital

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar sebatang pokok sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Manjung Lumut, pagi tadi. Mangsa maut ditempat kejadian dan tersepit di bahagian pemandu. Mayat mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan kira kira setengah jam kemudian oleh pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #maut #kemalangan

mynxdigital

Pelakon terkenal, Neelofa antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir. Sumber: Internet #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #neelofa #pelakon

mynxdigital

1.3 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) sudah membayar balik RM10.9 billion sehingga akhir Januari lalu. Timbalan Eksekutif PTPTN, Mastura Mohd Khalid, berkata PTPTN sepatutnya mengutip RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam, tetapi kecewa kerana ada yang belum membayar balik pinjaman sekali gus menyukarkan PTPTN meneruskan pembiayaan pembelajaran kepada generasi seterusnya. #ptptn #nxdigital #nxnews #nx #nxnow #nxdaily #mynxdigital #hutang

mynxdigital

Pemandu treler yang menyebabkan enam maut di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, Perak semalam, direman empat hari. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata perintah reman sehingga Khamis ini terhadap pemandu berusia 27 tahun itu diperoleh bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #nxnow #nxdigital #nxnews #mynxdigital #nxdaily #nx #kemalangan #treler #perak #reman

mynxdigital

Seorang lagi pekerja sebuah Kedai Rakyat 1Malaysia di Sibu, Sarawak ditahan bagi membantu siasatan jenayah pecah amanah membabitkan kerugian lebih RM800,000. Suspek lelaki berusia awal 20-an ditahan di premis syarikat terbabit dua hari lalu. Hingga kini, tujuh pekerja syarikat terbabit termasuk empat wanita berusia antara 19 dan 23 tahun ditahan bagi membantu siasatan. #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #mynxdigital #nx #tahan #salahlaku

mynxdigital

Sunyi sepi tanpa teman wanita.... serta pernah kecewa dalam cinta. Atas faktor itu, seorang lelaki berkahwin dengan "robot" ciptaannya sendiri, di China. Robot itu dicipta seperti wanita yang memiliki paras rupa dan bentuk badan menawan. Perkahwinan Zheng Jia-Jia, dengan "robot" yang diberi nama "Ying Ying" disaksikan oleh ibu, sahabat handai serta rakan sekerjanya. #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #mynxdigital #nx #china #robot #kahwin

mynxdigital

Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito, kini berada di Malaysia untuk lawatan rasmi lima hari. Ini adalah lawatan pertama Putera Mahkota Naruhito ke Malaysia sejak dimasyhurkan sebagai Putera Mahkota Jepun pada 1991. Lawatan Putera Mahkota Naruhito ke Malaysia adalah kemuncak sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala Malaysia dan Jepun. Foto: BBXpress #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews #jepun #lawatan #naruhito

mynxdigital

SELAMAT PAGI DARIPADA NX DIGITAL Mulakan pagi Isnin bersejarah anda dengan senyuman dan salam Israk dan Mikraj bagi yang beragama Islam.Hari ini melakarkan satu lagi detik simbolik dan penuh bermakna buat negara sempena Istiadat pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan juga ketua utama negara di Balairung Seri, Istana Negara.Daulat Tuanku! FOTO: BBXpress #nxdigital #nx #nxnow #nxdaily #mynxdigital #digitalnews #agong #istiadatpertabalan #SultanMuhammadV

mynxdigital

Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk meraih gelaran juara Terbuka Malaysia buat kali ke-12 tidak kesampaian apabila tewas di tangan seteru utama beliau jaguh China, Lin Dan. Pada perlawanan penuh debar sebentar tadi, Lin Dan menang "straight sets", 21-19, 21-14 di Kuching Sarawak. Ini juga kemenangan bermakna buat Lin Dan kerana ia gelaran sulung di Terbuka Malaysia. #nxnow #nxdigital #nxnews #nxdaily #terbukamalaysia #badminton #chongwei #lindan

mynxdigital

Pengerusi Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos bersama sembilan penyokongnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang, hari ini atas pertuduhan menggunakan kekerasan bagi menentang pelaksanaan undang-undang di Ampang Point, tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan, kesemua mereka didakwa sebagai ahli satu kumpulan perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan bersama didakwa telah menggunakan kekerasan untuk menentang pelaksanaan undang-undang. Foto: BBXpress #nxdaily #nxnow #nxdigital #mynxdigital #nx #nxnews

mynxdigital
IRFS.AZ © is created in 2017, our goal is to provide people with information from Instagram API, that includes photos, videos and other media information from Instagram.